Suggestion Box

Is there a name not featured that you feel deserves to be there?
Let us know!

SUBMIT
BACK

Puan Faizatul Akmar Hisan

Category : Unsung Hero | Family
Contributor :
22/07/2015 0:04 AM
Siapa yang memberi inspirasi kepada diri Mira? My beloved mom of course! Sebab dia adalah SUPERWOMAN!

Bagaimana seorang ibu, boleh bekerja setiap hari, setiap masa, dimana sahaja? Mak Mira merupakan Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia di sebuah syarikat. She's very workaholic. Tapi bukan dekat office sahaja dia kerja, dekat rumah sekali dia 'bekerja'. Bangun pagi, uruskan laundry, sediakan breakfast, pergi kerja, balik kerja sediakan dinner pula. Hujung minggu? Bersihkan rumah lah apa lah.

Ingat lagi satu kenangan semasa kecil, apa Mak pesan tu sangat simple, very straight forward dan senang difahami. Sampai sekarang masih ingat lagi. Masa tu Mira darjah berapa tak pasti, tapi pastinya baru sekolah rendah. Balik daripada sekolah masa tu hujan lebat sangat, guruh kuat, angin kuat. Tapi balik sekolah masa tu, biasalah kan, lapar. Mira naaaaakkk jugak KFC. Dengan kawasan kedai sempit, jalan kiri kanan kereta berhenti, muka Mak nampak berkerut kerut. Mungkin sebab cuaca hujan teruk dengan banyak keretenya. Bila nak keluar, tak ada payung. Mak pun suruh Mira tunggu dalam kereta, dan Mak redah hujan untuk beli KFC. Lepas dan beli, Mak bawa masuk dalam kereta dengan keadaan baju dan tudung Mak nampak tompok2 basah hujan. Mak cakap, "anak Mak nak makan, sampai hujan pun Mak sanggup beli. Nanti Mak dah tua, kalau Mak nak makan apa apa, Angah beli juga lah okay".

Tapi Mira tahu, Mak buat semua ni sebab tanggungjawab dan sayang pada keluarga. Kerja kerja dirumah, seperti basuh baju, cuci rumah, masak, semua untuk keluarga. Kerja di office pula? Nak cari pendapatan untuk keluarga juga. Hebatkan? She IS an inspiration! Not just for me, but inspiration for the whole family. Dan Mira percaya juga, semuaaaaa Ibu adalah inspirasi pada setiap anak anak :) #malaysiaresume #awesomeparents

COMMENT